TIGA lelaki Orang Asli maut selepas lori simen dinaiki terjerumus ke bawah gaung sedalam 150 meter dalam kemalangan di Kilometer (KM) 80 Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan, pada Rabu.
Insiden pada pukul 10.40 pagi itu menyaksikan ketiga-tiga mangsa berusia 40-an maut di lokasi kejadian.
Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10.40 pagi.
BACA LAGI: 'Tiada keperluan untuk reformasi pelantikan ahli, Pengerusi SPR'
BACA LAGI: Tak termakan isu perkauman, agama bukti Umno berjaya pujuk pengundi bantu tawan KKB
“Jentera sampai ke lokasi jam 12 tengah hari dan memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan gaung terbabit.
“Anggota bomba menggunakan tali untuk turun dan membawa naik ketiga-tiga mangsa dan operasi tamat pukul 2.22 petang,” katanya dalam laporan berkenaan.
Nor Azizi berkata, mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram