Permintaan ikat jamin polis langgar maut pelajar tak boleh diluluskan — Peguam


  • Massa
  • Rabu, 15 Mei 2024

Akmal (kanan) menjelaskan bahawa permintaan tertuduh (kiri) untuk diikat jamin tidak akan diluluskan.

KAKAK kepada arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie, 17, baru-baru ini membuat pendedahan berhubung kes kemalangan adiknya itu.

Menerusi ciapannya di Twitter (X) pada Rabu, tertuduh, Pegawai Kanan Polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa merempuh adiknya sehingga maut meminta untuk diikat jamin ketika sebutan semula kes pada Julai depan.

Dalam ciapan Nur Zawani itu, dia meluahkan kebimbangannya jika pihak mahkamah membenarkan permintaannya itu.

BACA LAGI: Polis rempuh maut pelajar SPM di Ipoh tak mengaku bersalah, 1 Julai sebutan semula kes

BACA LAGI: Kes langgar pelajar Ipoh: Saya tak akan kompromi dengan anggota buat jenayah — KPN

Screenshot (1607)

Ciapan yang dimuat naik di Twitter Nur Zawani. — Twitter

"Julai ini dia nak mintak untuk diikat jamin. Kalau boleh ikat jamin speechless aku. Dia dah bunuh adik aku. Nak menikmati hidup macam biasa di luar tirai besi. Lima bulan dalam penjara tak sakit pun. Berbanding sakit yang adik aku tanggung ketika bertarung nyawa," tulisnya.

Pada masa sama, Zawani juga memberitahu bahawa akta yang dikenakan pada tertuduh adalah dalam kategori tidak boleh diikat jamin.

"Kalau ikutkan (Seksyen 302 Kanun Keseksaan 302) memang tak boleh jamin. Tak tahu lah apa alasan peguam dia nak kemukakan untuk mintak ikat jamin.

"Memandangkan tarikh bicara bermula November nanti, tengok Julai ni apa keputusan hakim tentang isu dia nak mintak dijamin," katanya lagi.

2693786

Nur Zawani yang berada di sebelah mayat adiknya ketika kejadian.

Dalam pada itu, seorang peguam tempatan, Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar mengakui bahawa individu yang dikenakan hukuman mengikut akta berkenaan tidak akan dibenarkan jaminan.

Katanya, permintaan itu juga tidak akan diluluskan oleh pihak mahkamah meskipun permintaan dikemukakan.

"Akta ini bermaksud individu itu membunuh dan dia membuat perbuatan jenayah pembunuhan. Jadi memang tak akan dibenarkan ikat jamin," katanya kepada Majoriti.

Terdahulu, tertuduh dibacakan semula pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibicarakan.

Pada 15 Disember 2023, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak yang dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram