[VIDEO] Berang kena tipu pelanggan 1 sen, peniaga disaran beli 'soundbox' elak masalah penipuan


  • Tular
  • Selasa, 14 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang peniaga dan seorang pelanggan yang didakwa cuba melakukan penipuan resit pembayaran di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

PENIAGA kecil digesa supaya lebih peka dan berhati-hati ketika menerima resit pembayaran secara dalam talian.

Ia selepas tularnya sebuah video di media sosial sejak Selasa yang memaparkan cubaan menipu beberapa orang peniaga tempatan di Uptown Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Dalam video dimuat naik di Twitter (X) @ricxxxkiddo, dua individu didakwa menunjukkan resit pembayaran palsu kepada seorang peniaga di kawasan itu.

BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri

BACA LAGI: Scammer umrah tajaan 'Datuk' kembali aktif buru mangsa

"Kes berlaku di Uptown Sungai Petani, percubaan untuk scam resit pembayaran.

"Khas untuk peniaga kat luar sana pastikan alert dan check jika pelanggan bayar melalui pembayaran kod QR. Banyak kes edit resit sekarang," dakwanya.

Dua individu tersebut turut didakwa hanya membayar 1 sen dan menyunting resit seolah-olah sudah membayar harga barang yang ditetapkan.

Pada masa sama, rata-rata warganet menyarankan para peniaga untuk membeli peranti bunyi 'soundbox' yang berfungsi untuk memberi notifikasi setiap kali pelanggan membuat pembayaran dalam talian.

"Jadi, tak perlu nak buat tangkapan skrin screenshot resit atau minta pelanggan untuk tunjuk resit pembayaran," komen @ezzthedon.

"MAE (Maybank) ada jual ini. Saya tengok beberapa kedai guna dan bagus sebab setiap kali pembayaran, dia akan bunyi dan sebut jumlah yang dimasukkan. Sekurang-kurangnya dapat elakkan masalah penipuan seperti ini," saran @heysyazaaaaa.

Seorang daripada pelanggan terbabit kemudiannya tampil membuat penjelasan menerusi video di TikToknya selepas dakwaan tular itu.

Menurutnya, peniaga tersebut tidak seharusnya memuat naik video asal tanpa mengaburkan mukanya dan memberitahu orang ramai bahawa dia sudah membayar barang tersebut.

Sementara itu, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram