Komplikasi sakit tiroid, MB sahkan ADUN PAS Mata Ayer ditidurkan


  • Primer
  • Rabu, 15 Mei 2024

Wan Badariah berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. — Facebook

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak Selasa selepas mengalami masalah kesihatan melibatkan komplikasi penyakit tiroid dihidapinya.

Menurut laporan The Star, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Bagaimanapun, Mohd Shukri berkata, Wan Badariah, 48, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

BACA LAGI: 'Tiada keperluan untuk reformasi pelantikan ahli, Pengerusi SPR'

BACA LAGI: Tak termakan isu perkauman, agama bukti Umno berjaya pujuk pengundi bantu tawan KKB

"Saya difahamkan beliau kini stabil sejak dirawat di HTF bermula semalam dan keadaannya kini masih dipantau oleh doktor.

"Beliau pun ditidurkan sejak semalam (Selasa) selepas masalah tiroidnya mula memberi kesan kepada jantung dan paru-paru juga didapati berair," katanya ketika ditemui pada Rabu.

2062295

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Mohd Shukri berkata, buat masa ini, beliau mengesyorkan agar ADUN itu bercuti buat sementara waktu dan memberikan keutamaan terhadap tahap kesihatannya.

"Buat masa ini juga, kita belum mengambil keputusan untuk melantik sesiapa dalam kalangan Exco untuk memangku tugasan beliau. Sama-samalah kita berdoa agar kesihatan YB Wan Badariah pulih kembali," katanya.

Wan Badariah yang merupakan peguam berasal dari Padang Siding adalah calon wanita pertama dinamakan PAS Perlis bagi bertanding kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram