[VIDEO] Lori tangki minyak masak terpakai terbabas, rempuh besi penghadang Lebuhraya Karak


  • 112
  • Selasa, 14 Mei 2024

Lori tangki dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya tersebut.

SEBUAH lori tangki membawa muatan minyak masak terpakai terbabas selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36.8 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang melibatkan lori tangki dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.

"Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Pelabuhan Klang.

BACA LAGI: Ramai anak muda idam kereta 'have-have', tak ukur baju di badan sendiri

BACA LAGI: Penduduk Malaysia kini cecah 3.4 juta, nisbah lelaki lebih ramai berbanding perempuan

"Setibanya di lokasi kejadian dan keadaan ketika itu hujan lebat, lori tangki dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Noor Ariffin bagaimanapun memaklumkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden itu.

"Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram