
TIDAK dinafikan, memiliki kereta mewah adalah impian kebanyakan individu kerana ia boleh menjadi simbol status.
Selain cara berpakaian, jenama kereta juga menjadi lambang kemegahan dan kemewahan kerana bukan semua orang mampu memiliki kereta berjenama mewah.
Realitinya, kereta mewah memerlukan anda memberikan komitmen bulanan yang tinggi, dengan hanya paras gaji tertentu sahaja yang mampu membayarnya secara konsisten.
Sebab itulah orang kata, ukur baju di badan sendiri.
Bagaimanapun, trend ketika ini menunjukkan sebaliknya kerana semakin ramai golongan muda mula menunjukkan minat untuk membeli kereta mewah, tidak setanding pendapatan bulanan yang diperoleh.
Berdasarkan perkongsian seseorang pembantu jualan jenama kereta tempatan, mengendalikan permintaan seolah-olah 'tidak masuk akal' itu merupakan antara cabaran yang perlu dihadapinya.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @nfkyraaaa_, wanita itu mendedahkan ramai anak-anak muda kini yang berhasrat untuk membeli kereta mewah meskipun dengan gaji yang sedikit.
BACA LAGI: Usah percaya gambar internet, cek tunggakan, ejen hartanah kongsi tip beli rumah lelong
Tangkap layar perbualan seorang pembantu jualan dengan remaja berusia 19 tahun.
BACA LAGI: Bayar prinsipal bantu langsai pinjaman bank lebih cepat
Dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang remaja berusia 19 tahun yang mengidamkan kereta Proton X70, dengan pendapatan gaji bersih sebanyak RM1,100 sebulan.
"Kebanyakannya yang berumur 17 hingga 21 tahun nak (beli) kereta (Proton) X50, Honda Civic, Toyota Vios, Honda City.
"Minta beli Perodua Axia, Proton Saga tak minat katanya, cabaran betul generasi sekarang," katanya menerusi gambar yang dikongsikan pada Jumaat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak menyokong tindakan anak-anak muda yang membeli kereta mewah kerana ia berisiko menyebabkan mereka terbeban dengan masalah hutang kelak.
"Abang gaji bersih RM6,000 sebulan pun pakai Viva sahaja dik, namun akhirnya pakai motor juga sebab jalan (sesak) di merata-rata tempat," kata anak kampung.
"Dia ingat ambil kereta bayar pinjaman penuh bulanan sahaja ke? Penyelenggaraan nak bayar pakai apa?" soal salina_wanie.
Bagi Asyraf Fawwaz pula, adalah lebih baik jika anak muda mengutamakan hasrat untuk membeli rumah terdahulu terbanding kereta.
"Bujang cukup pakai motor saja lagi bagus, setiap bulan simpan duit, cukup masa beli rumah dulu.
"Kereta mahal bukan keperluan tapi kehendak, kalau nak beli juga cari (kereta) terpakai, baik simpan dan pergi melancong sana sini," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram