Sampai doakan malapetaka buat pemimpin sendiri, ramai tegur komen melampau kes pokok tumbang libat KM Melaka


  • Massa
  • Selasa, 14 Mei 2024

Tangkap layar antara komen jelik yang tidak sensitif berkenaan kejadian pokok tumbang yang berlaku di Kuala Lumpur pada Isnin.

SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di dalam negara ekoran cuaca buruk ribut dan hujan lebat yang kebiasaanya berlaku pada waktu petang.

Dalam insiden pada 7 Mei lalu, seorang pemandu kereta turut maut apabila kereta dipandunya dihempap oleh sebuah pokok tuayang tumbang secara tiba-tiba di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sementara itu, pada Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan sebanyak lima lokasi di ibu negara dilaporkan mengalami kejadian pokok tumbang berikutan cuaca ribut dan hujan lebat.

BACA LAGI: Tak termakan isu perkauman, agama bukti Umno berjaya pujuk pengundi bantu tawan KKB

BACA LAGI: Pejabat KWSP sesak kerana akaun fleksibel, bukti rakyat terdesak, kesempitan

Antara individu yang hampir menjadi mangsa ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Difahamkan, ketika kejadian, sebuah pokok dilaporkan tumbang di Jalan Pinang sehingga mengenai sebuah kenderaan polis jenis Proton X70 yang mengiringi rombongan pemimpin tersebut.

Berita dan video mengenai kejadian tersebut turut tular di media sosial apabila ia mendapat perhatian warganet.

2692962 (1)

Sebuah kenderaan PDRM yang bertindak sebagai konvoi pengiring Ab Rauf Yusoh terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur. — Ihsan PDRM

Bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat sesetengah pengguna didapati memberikan kenyataan kurang enak berhubung insiden terbabit.

Ini kerana ada antaranya dilihat tanpa segan silu membuat gurauan tidak sensitif dengan seakan-akan mendoakan keburukan terhadap pemimpin di dalam negara.

"Ala baru nak berangan nak dapat ketua menteri Melaka yang baharu," tulis nurhani_yaakob.

"Pokok selepas ini tolong hempap menteri-menteri lain pula," kata fiqahmur_.

Komen berkenaan menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai perbuatan melampau.

"Sedih bila tengok ada orang Melayu Islam yang mahu malapetaka berlaku kepada pemimpin kita sendiri. Kalau betul pun benci kepada seseorang itu, sepatutnya kita doakan kebaikan untuknya.

"Bukan doakan perkara buruk terjadi kepadanya. Selalu sembang Melayu dan Islam perlu bersatu untuk bangsa, last-last orang Islam sendiri yang doakan keburukan sesama Islam?" soal akmailaizad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram