PBT bertanggungjawab pantau termasuk pokok tumbang atas tanah milik persendirian


  • Massa
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Xin Ru berkata, walaupun pokok itu berada di dalam kawasan persendirian, PBT masih ada tanggungjawab terhadap pokok tersebut.

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab melakukan pemantauan terhadap tahap keselamatan pokok di bawah kawasan pentadbirannya meskipun tumbuhan berkenaan berada di atas tanah pemilik persendirian, kata peguam, Ng Xin Ru.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden pokok berusia lebih 50 tahun yang tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur sehingga mengorbankan seorang pemandu kereta pada petang Selasa.

Dalam kejadian tersebut, seorang lagi mangsa dilaporkan cedera manakala sebanyak 17 kenderaan mengalami kerosakan akibat insiden berkenaan.

BACA LAGI: Pokok tumbang: Kena sentiasa pantau sebab tumbuhan berubah setiap hari — Pakar

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

Xin Ru berkata, dalam bidang kuasa pemantauan pokok, PBT mempunyai tanggungjawab untuk memeriksa tahap keselamatan pokok supaya tidak membahayakan orang awam.

Ujarnya, perkara itu diperuntukkan di bawah Seksyen 101 (b) dan (cc) Akta Kerajaan Tempatan 1976 mengenai bidang kuasa dalam menjalankan penyelenggaraan pokok.

2682970

Sebanyak 17 kenderaan mengalami kerosakan akibat insiden berkenaan.

Xin Ru berkata, walaupun pokok itu berada di dalam kawasan persendirian, PBT masih ada tanggungjawab terhadap pokok tersebut.

"PBT kena membuat pemantauan dan mengalihkan mana-mana pokok yang mungkin membahayakan orang awam.

"PBT juga ada kuasa mengarahkan pemilik untuk memotong pokok yang boleh menimbulkan bahaya kepada orang awam.

"PBT juga memiliki kuasa memasuki kawasan persendirian tersebut untuk memotong pokok berkenaan dan kosnya ditanggung oleh pemilik tanah," katanya kepada Majoriti.

Dalam kenyataannya berhubung insiden tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pokok berusia lebih 50 tahun itu berada di bawah pemantauan pihak swasta.

Ujarnya, buat waktu ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga melakukan pemantauan terhadap pokok di ibu kota sebanyak dua tahun sekali.

Mengulas lanjut, Xin Ru berkata, isu mengenai pembahagian kuasa itu juga pernah diputuskan di Mahkamah Persekutuan dalam ke melibatkan Ahmad Jaafar Abdul Latiff V Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 2014.

Katanya, keputusan dalam kes tersebut menyatakan PBT masih bertanggungjawab untuk mengalihkan pokok walaupun pokok berada di tanah persendirian.

Ujar Xin Ru, dalam kes berkenaan, PBT diputuskan telah melakukan kecuaian akibat tindakan mereka.

Dalam kes tersebut, Ahmad Jaafar memfailkan kes terhadap DBKL kerana kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab yang ditetapkan sehingga menyebabkan perayu mengalami kecederaan serius dan lumpuh dari bahagian leher dan ke bawah selepas sebuah pokok tiba-tiba tumbang sehingga menghancurkan kereta sedang dipandunya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram