Pejabat KWSP sesak kerana akaun fleksibel, bukti rakyat terdesak, kesempitan


  • Massa
  • Isnin, 13 Mei 2024

Beberapa foto dikongsikan orang awam mengenai kesesakan yang berlaku di pejabat KWSP di seluruh negara pada Isnin.

KAUNTER pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di beberapa tempat di seluruh negara dilaporkan sesak pada Isnin selepas menerima kunjungan pencarum yang hadir bagi melakukan permohonan melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

KWSP pada 25 April lalu mengumumkan langkahnya menstrukturkan semula akaun pencarum dengan memperkenalkan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Langkah mewujudkan akaun baharu selain daripada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera itu antara lain bagi yang menyediakan fleksibiliti bagi keperluan kewangan jangka pendek dengan tarikh pendaftarannya mula dibuka sejak Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Sabah Sarawak dah lama buat tapi ada sebab konsep niaga 'based on trust' tak boleh pakai di Semenanjung

BACA LAGI: Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’

Dalam pada itu, kesesakan yang berlaku di beberapa pejabat KWSP pada Isnin ekoran kehadiran pencarum yang mahu membuat permohonan bagi inisiatif itu turut tular dan dilaporkan media tempatan.

Antara gambar dikongsikan memaparkan barisan panjang pencarum yang sedang menunggu giliran bagi melakukan proses pemindahan.

2661077

Langkah mewujudkan baharu itu adalah bertujuan bagi menyediakan fleksibiliti bagi keperluan kewangan jangka pendek dengan tarikh pendaftarannya mula dibuka sejak Ahad.

Pada masa sama, pengunjung juga difahamkan tidak putus hadir sehingga operasi di kaunter ditutup pada sebelah petang.

Di ruangan komen, rata-rata warganet melihat situasi terbabit memberikan gambaran membuktikan mengenai situasi semasa kewangan kebanyakan rakyat di Malaysia yang disifatkan berada di tahap terdesak.

"Nampak sangat rakyat dah terdesak," ujar Iskandar Shah.

"Rakyat tengah terdesak dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang ini. Ekonomi jatuh tersungkur. Tapi orang yang di atas sana mana mahu ambil pusing. Suka lagi ada dia tengok rakyat susah," kata Redi Subi.

"Ini bukti ramai yang terkesan dengan ekonomi sekarang. Jadi cadangan saya kerajaan benarkan kami buat pengeluaran dari akaun satu pula," kata Nazri Kocheng.

"Ramai yang perlu wang tunai," tulis Asri Leman.

"Betapa ramai yang memerlukan. Kenapa perlu banyak proses untuk mengeluarkan simpanan sendiri. Betapa banyak yang kesempitan belanja," kata JeffHenry Linshy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram