China sahkan subvarian baharu Covid-19 tidak beri impak buruk dalam masa terdekat


  • Massa
  • Selasa, 14 Mei 2024

Subvarian baharu Covid-19, KP.2 yang merebak ke beberapa negara tidak akan menyebabkan kemuncak gelombang jangkitan baharu di China dalam masa terdekat.

SUBVARIAN baharu Covid-19, KP.2 yang telah merebak ke beberapa negara tidak akan menyebabkan kemuncak gelombang jangkitan baharu di China dalam masa terdekat.

Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (CDC) memaklumkan, sehingga Ahad, kes berjujukan KP.2 berada pada tahap amat rendah, iaitu menyumbang 0.05 peratus hingga 0.3 peratus daripada semua kes berjujukan tempatan yang dilaporkan setiap minggu di China.

Menurutnya, subvarian KP.2 yang bermutasi daripada varian JN.1 menjangkiti lebih ramai pesakit berbanding varian lain di peringkat global sejak Februari.

BACA LAGI: Tiada keperluan wajibkan vaksin Covid-19, usah bimbang isu AstraZeneca — Pakar

BACA LAGI: [VIDEO] Lori tangki minyak masak terpakai terbabas, rempuh besi penghadang Lebuhraya Karak

"Walau bagaimanapun, pakar menyatakan bahawa KP.2 tidak menunjukkan perubahan ketara dari segi patogeniknya dan keupayaan untuk melarikan diri daripada sistem imun.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka apabila perlu dan menjalani diet yang sihat," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram