Berani ke hadapan, PM Anwar jumpa pemimpin Hamas tegaskan komitmen Malaysia hentikan perang di Gaza


  • Primer
  • Selasa, 14 Mei 2024

Anwar (kiri) bertemu Ismail (kanan) ketika lawatan rasminya di Qatar, Arab Saudi baru-baru ini. — Facebook/Anwar

MALAYSIA tetap tegas dengan pendirian untuk menghentikan keganasan Israel terhadap seluruh rakyat Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak gentar dalam menegaskan perkara itu, Anwar ketika lawatan rasmi ke Qatar, Arab Saudi sempat bertemu dengan delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya, Ismail Haniyeh dan Bekas Ketuanya, Khaled Mashal.

Anwar berkata, sejak konflik meletus lapan bulan yang lalu, ratusan ribu rakyat Palestin telah terkorban dan cedera dengan separuh dari bumi Gaza dilanda kemusnahan kekal akibat kekejaman rejim Zionis itu.

BACA LAGI: Malaysia sedia beri bantuan rawatan kepada rakyat Palestin — PM Anwar

BACA LAGI: 'Ini bukan zaman Tun M' antara jawapan kononnya Anwar Ibrahim bernasib baik jadi PM

441532504_1021343119347255_3517895400693128725_n

Isu penderitaan rakyat Palestin antara yang dibincangkan ketika lawatan itu. — Facebook/Anwar

"Justeru, saya tegaskan, Malaysia akan terus komited memainkan peranannya di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah.

"Pada masa sama menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis pada April lalu.

Screenshot (1561)

Keadaan kanak-kanak di Rafah yang suram dan hilang tempat tinggal. — Agensi

Beliau menambah, kedua-dua negara bersetuju agar semua pihak memainkan peranan dalam mencari penyelesaian bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Malaysia juga adalah antara negara lantang mengutuk kekejaman Zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Pertempuran antara Palestin dan rejim zionis, yang telah berlangsung selama lebih tujuh bulan sejak 7 Oktober 2023 memuncak dengan pencerobohan terbaharu Israel ke atas Rafah sekali gus meragut lebih 35,000 nyawa rakyat Palestin setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram