SETIAP pekerja sememangnya layak menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada majikan masing-masing bagi menjamin simpanan hari tua mereka.
Namun, masih ada sesetengah syarikat yang dilihat tidak peka dan memandang remeh perkara tersebut sehingga menjejaskan caruman yang sepatutnya diterima oleh pekerja.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkaitan pendedahan seorang wanita berhubung tindakan sebuah tadika terkenal yang didakwa mengabaikan kebajikan pekerjanya.
BACA LAGI: Media Singapura buat laporan khas bongkar pemandu, sistem bas ekspres Malaysia

Wang caruman KWSP yang dipotong didakwa tidak masuk ke dalam akaun pekerja. — Gambar hiasan
Menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) @LVGIF pada Sabtu, seorang warga TikTok dipercayai bekas pekerja tadika terbabit mendakwa wang caruman KWSP dipotong syarikat tidak masuk ke dalam akaun setelah diperiksa.
"Mana duit KWSP pekerja? Ramai yang terkejut kerana mendakwa banyak guru tadika berprestij dibayar gaji minimum walaupun kerja menimbun.
"Bekerja bagai nak mati dan dapat tahu gaji yang sepatutnya dicarum KWSP ditolak, tapi tak dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja.
"Dalam erti kata lain, mereka ‘makan’ duit staf. Bila ditanya, alasannya apa? Syarikat tak ada duit. Tengah ada masalah," tulisnya.
Tambahnya, duit kerja lebih masa yang sepatutnya masuk hari ke-15 setiap bulan dimasukkan dua kali dan tidak pernah menepati masa.
BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen
![009[73672]](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/05/05/2677899.jpg)
Gaji yang diterima juga didakwa tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. — Gambar hiasan
Kebajikan staf juga didakwa tidak pernah didengari oleh pihak atasan.
"Ramai yang jadi tertekan sebab isu ini. Perasaan kami? Mereka tak peduli pun," tulisnya.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan terhadap para pekerja yang hanya menerima baki gaji tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Menurut @LVGIF, dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan kebenarannya namun tetap mahu pihak syarikat mengambil tindakan wajar dalam hal kebajikan pekerja.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak tadika berkenaan mahupun pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
