[VIDEO] Tiga lelaki menyamar polis samun, culik ejen pelaburan Forex di Kuantan


  • 112
  • Khamis, 09 Mei 2024

Tangkap layar seorang lelaki ditumbuk dan diseret sebelum dipaksa masuk sebuah kereta dalam dalam satu kejadian culik di Kuantan, Pahang pada Khamis lalu.

SEORANG lelaki ditumbuk dan diseret sebelum dipaksa masuk sebuah kereta dalam dalam satu kejadian culik di Kuantan, Pahang pada Khamis lalu.

Melalui video yang dikongsikan oleh orang awam di aplikasi media sosial X (Twitter) pada Khamis, mangsa dilihat dalam keadaan bergari dan dipaksa masuk dalam kenderaan jenis Perodua Bezza oleh tiga orang lelaki.

Mangsa juga dilihat cuba melawan ketiga-tiga lelaki itu namun tidak berjaya lalu mengambil keputusan untuk menjerit meminta pertolongan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 3 individu pukul, hentak lelaki guna 'sport rim' hingga lunyai di Kluang

Pada masa sama, kelihatan seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa cuba menghalang lelaki itu daripada ditahan namun dia hanya ditolak ke tepi oleh individu-individu berkenaan.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Wan Busu berkata, mengesahkan kejadian terbabit melibatkan seorang ejen pelaburan Forex.

"Polis telah mengesan satu video memaparkan kejadian seorang lelaki yang digari dan dipaksa masuk dalam sebuah kenderaan.

"Ketiga-tiga individu berkenaan bertindak menyamar menjadi anggota polis bagi mengaburi mata orang awam.

"Ekoran daripada kejadian itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada pukul 10 malam hari yang sama.

"Satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 170 KK dan 395 KK atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam serta melakukan samun berkawan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram