Kononnya Singapura jadi model, Umno sahkan kenyataan palsu 'terima konsep Malaysian Malaysia'


  • Politik
  • Ahad, 12 Mei 2024

Umno menafikan kenyataan palsu yang tular di media sosial menggunakan kepala surat rasmi parti itu.

UMNO menafikan kenyataan tular di media sosial yang mendakwa parti itu kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Umno dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan palsu yang tersebar itu dikeluarkan atas nama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 12 Mei 2024.

BACA LAGI: 'Keluar Sekejap atau selama-lamanya?', Ahmad Zahid beri bayangan masa depan KJ bersama Umno

BACA LAGI: Bukan masa sesuai ganti KJ sebagai Presiden FAM — Pekan Ramli

Kenyataan yang menggunakan kepala surat rasmi Umno turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak lagi terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu.

Antara kandungan lain dalam kenyataan tersebut termasuk berkaitan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao pada Sabtu dan juga ulang tahun Umno ke-78. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram