SERAMAI 40 penumpang selisih maut selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas di Kilometer 264.5 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, Perak pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi Sabtu itu, kesemua penumpang dan pemandu mengalami kecederaan ringan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah
BACA LAGI: [VIDEO] Tak bayar tambang punca wanita dimarahi pemandu bas di Johor — Polis
"Berdasarkan maklumat awal, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju Ipoh membawa penumpang bagi menghadiri upacara keagamaan.
"Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi dengan dibantu anggota BBP Kuala Kangsar.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang terbalik dalam longkang di tepi lebuh raya dan sebuah kereta sedan.
"Semua mangsa cedera selepas bas terbalik ke dalam longkang dan bomba menggunakan menggunakan alat menyelamat hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya lagi, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selain ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram