SEORANG remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek dekat Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.
Rakaman video mangsa yang terbaring kesakitan turut tular di aplikasi WhatsApp.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, mangsa yang menunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan lain jenis Toyota Hilux.
Seorang remaja putus kaki kanannya selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek dekat Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.
Rakaman video mangsa yang terbaring kesakitan turut tular di aplikasi WhatsApp.
Kredit: Org Awam pic.twitter.com/T2glz51cFu
— Adriana Mroon (@MoMoT_Nadine) May 6, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 3 individu pukul, hentak lelaki guna 'sport rim' hingga lunyai di Kluang
Lebih sayu lagi, kelihatan seorang wanita dipercayai ibu mangsa meraung melihat mangsa yang mengerang kesakitan di tepi jalan.
"Kaki, kaki anak aku. Ya ALLAH. Anak aku, kesiannya anak aku sakit.
"Siapa langgar ini? Siapa langgar? Ya ALLAH, anak aku," katanya yang rebah selepas itu kerana terlalu terkejut.
Keadaan di lokasi kemalangan agak mengerikan kerana kaki mangsa terputus dua dengan anggota badan yang putus itu tercampak di sebelah mangsa.
Dalam kejadian kira kira 6.45 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis meniaga air kelapa di gerainya.
Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba membuat pusingan U.
Mangsa yang tidak sempat mengelak melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut sebelum tercampak ke tepi pagar sekolah.
Akibat perlanggaran itu kaki kiri mangsa terputus.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram