[VIDEO] Dua peniaga ketam nipah kasari penguat kuasa MBPP ditahan


  • 112
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan anggota penguat kuasa MBPP menjalankan tugas pemeriksaan di Pasar Awam Jelutong ditumbuk seorang lelaki.

DUA lelaki direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan susulan kekecohan membabitkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Pasar Awam Jelutong, Pulau Pinang.

Difahamkan salah seorang daripada kedua-dua lelaki tersebut yang juga penjaja ketam nipah membuat provokasi dan menumbuk penguat kuasa MBPP sehingga menimbulkan kekecohan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dilaporkan berkata, suspek yang direman berusia 23 dan 35 tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga lelaki menyamar polis samun, culik ejen pelaburan Forex di Kuantan

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas polis, pelukis pelan JKR antara Geng Bacin ditangkap terlibat kegiatan samun bersenjata di Melaka

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

"Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi Khamis itu, seramai sembilan penguat kuasa MBPP dilapor menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen membabitkan rampasan barangan.

"Tiba-tiba seorang daripada penjaja terbabit membuat provokasi dan menumbuk penguat kuasa MBPP, sebelum penguat kuasa terbabit membalas pukulan bagi mempertahankan diri.

“Tiada kecederaan serius (antara peniaga atau penguatkuasa), hanya lebam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 39 saat memaparkan anggota penguat kuasa MBPP menjalankan tugas pemeriksaan di Pasar Awam Jelutong ditumbuk seorang lelaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram