Polis bebaskan suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim


  • 112
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Kes simbah asid melibatkan Faisal Halim masih belum menemui penyelesaiannya.

PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membebaskan suspek kedua kes simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pada Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat yang dilakukan selesai.

Namun begitu, pihak polis mengatakan suspek berusia lewat 30-an tersebut boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya diperlukan oleh mereka.

BACA LAGI: Polis sedia edar lakaran fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

2198160

Faisal disimbah asid dekat salah sebuah pusat membeli-belah dekat Damansara, Selangor. — Agensi

BACA LAGI: Kes cermin kereta Safiq Rahim pecah tiada kaitan dengan serangan Faisal, Akhyar

"Tiada sebarang pengakuan daripada suspek dan siasatan masih dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan suspek lain serta mendapatkan keterangan lanjut dalam kes ini," ujar pihak PDRM.

Suspek kedua direman pada Isnin selama lima hari dekat Bandar Baru Bangi dengan dia didapati mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Antara rekod jenayah lampau dimiliki suspek itu adalah melakukan rompak berkumpulan, ugutan, serta kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam pada itu, PDRM juga telah merakam keterangan daripada 12 individu mengenai kes ini. Mereka juga sedang melakukan lakaran fotofit berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang terletak dekat Damansara, Selangor.

Selain bantuan CCTV, lakaran fotofit turut dibantu berdasarkan saksi di tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram