JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedia mengedarkan lakaran fotofit suspek kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan membuat persiapan itu dalam masa terdekat.
"Buat masa ini, pasukan dari Bukit Aman dan Kuala Lumpur CID akan menghasilkan fotofit dan dari situ kami akan dapat mengumpul lebih banyak maklumat. Kita akan hantar cap jari yang diangkat dari pusat beli-belah itu baru-baru ini untuk analisis juga," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim
BACA LAGI: Tangan kiri paling teruk, Faisal Halim dijangka berada dalam ICU selama 10 hari
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Katanya, setakat ini, lebih 12 individu sudah direkodkan kenyataan berhubung kes tersebut.
"Kami merakam keterangan lebih 12 individu termasuk ahli keluarga Faisal, doktor dan saksi penting.
"Bagi Faisal pula, kita sudah pun merekodkan keterangannya pada awal siasatan," katanya lagi.
Tedahulu orang ramai dikecohkan dengan tiga kejadian berturut-turut membabitkan pemain bola sepak negara yang bermula dari Akhyar Rashid, Faisal Halim dan kemudiannya Safiq Rahim.
Hasil siasatan polis juga mendapati suspek dalam ketiga-tiga kejadian itu menggunakan modus operandi sama.
Namun, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram