Empat maut, 4 parah kemalangan 2 trak pikap di Kuala Krai


  • 112
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Kemalangan antara dua pacuan empat roda yang berlaku di Kelantan. — Facebook

KEJADIAN kemalangan jalan raya yang berlaku di Kelantan pada Jumaat meragut nyawa empat mangsa setakat ini.

Kemalangan yang berlaku pada 12.50 tengah malam menyaksikan dua kenderaan jenis pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux bersama Ford Ranger bertembung sesama sendiri di Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Ah Kim.

Sewaktu kejadian, ia telah meragut tiga nyawa iaitu Juhazrie Junoh, 37, Mohamad Anif Mat Jizi, 41 yang menaiki Toyota Hilux sementara Noor Hayati Harun, 40 pula berada dalam Ford Ranger.

Akan tetapi, jumlah mangsa maut meningkat kepada empat orang apabila Samsiah Man, 60, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra pada 1.50 petang, Sabtu, dilaporkan turut meninggal dunia.

Selain empat yang maut, terdapat dua penumpang yang terselamat iaitu Tuan Arzue Raja Daud, 50 dan Tuan Muhamad Adam Ashraf yang berusia 16 tahun.

BACA LAGI: Pemantapan tatakelola, penginstitusian integriti jadi asas utama SPRM

440749605_748402950803999_3908025681663847463_n

Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan bertembung. — Facebook

BACA LAGI: Dua ajal serentak, penunggang motor maut terlanggar kucing di Lipis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Machang telah bertembung dengan Ford Ranger dari arah bertentangan.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, Toyota Hilux hilang kawalan lalu bertembung Ford Ranger dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, pemandu dan seorang penumpang Toyota Hilux serta penumpang Ford Ranger meninggal dunia di tempat kejadian," kata Mazlan.

Kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram