GARA-GARA gurauan yang melebihi batas, seorang penjaga stor dijangka akan didakwa di mahkamah atas perbuatan menulis nota mengenai ancaman bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Suspek yang berusia berusia 23 tahun telah ditahan disebabkan kes ancaman bom yang berlaku di pusat kargo lapangan terbang tersebut.
Suspek tersebut mengatakan yang dia sebenarnya cuma ingin bergurau dengan menulis nota mengatakan sebuah bungkusan mempunyai bahan letupan di dalamnya.
Nota yang diletakkan pada bungkusan tersebut bagaimana pun tidak sempat dipadam semula oleh suspek dan ia ditemui oleh petugas kurier yang mengambil barang tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Assistant Komisioner Azman Shariat, suspek yang tiada rekod jenayah itu mengatakan ia memang sekadar gurauan dan tidak berniat untuk mencetuskan kekecohan.
BACA LAGI: SPRM siasat dakwaan pemimpin negeri beri kontrak kepada syarikat anak
Bungkusan yang disyaki merupakan bahan letupan itu ditujukan ke Sarawak. — Agensi
BACA LAGI: SPRM, PDRM siasat laporan 4 'supercar' terkait skandal 1MDB dirampas di Jerman
"Dia mengatakan itu sekadar gurauan, tetapi tidak sempat memadamnya sebelum petugas kurier mengambil bungkusan tersebut. Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Kami menerima panggilan daripada pegawai mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA. Individu tersebut mendakwa yang bungkusan tersebut memaparkan imej bateri dan wayar.
"Semakan mendapati bungkusan tersebut ditujukan ke alamat yang terletak di Limbang, Sarawak.
Di bungkusan tersebut tertera ayat "AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM" namun itu tidak sempat dipadam oleh suspek.
Azman mengatakan yang suspek didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dekat Mahkamah Majistret Sepan pada Isnin.
Azman turut mengingatkan orang ramai terutamanya pekerja kurier untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan setiap bungkusan yang mereka terima.
"Jangan tulis atau bercakap mengenai ancaman bom atau letupan Ketika menguruskan bungkusan. Keselamatan orang ramai adalah keutamaan kami.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang melanggarnya," ujar Azman. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram