CALON Pakatan Harapan, Pang Sock Tao secara rasmi memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) apabila menang dengan majoriti 3,869.
Sock Tao atau juga dikenali sebagai Xiao Tao sebelum itu mendahului tiga lagi pencabar untuk mengekalkan kerusi DUN KKB dalam penguasaan mereka.
Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sock Tao memperoleh undi sebanyak 14,000 sementara pencabar terdekat daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin pada Sabtu.
Sementara jumlah undian tidak sampai 1,000 buat dua lagi calon iaitu Nyau Ke Xin (Bebas) serta Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dengan kedua-duanya cuma mampu memperoleh 188 dengan 152 undi.
BACA LAGI: Dua lagi PRK di Selangor jika betul ADUN BERSATU langgar Perlembagaan parti — Pakar perundangan
BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen
Pasangan kembar Chan Sher Er (kiri) and Chan Sher Ni (dua kiri), bergambar di samping Pang Sock Tao (dua kanan) and kembarnya, Pang Sock Ying di pusat mengundi SJKC Khing Ming.
Sock Tao begitu hampir untuk menyamai jumlah diraih penyandang, mendiang Lee Kee Hiong yang memperoleh 14,862 ketika memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri 2023.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya lebih awal berkongsi keputusan tidak rasmi bahawa PH memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 3,869 undi.
PRK KKB kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
BACA LAGI: Latar belakang pendidikan calon jadi pertikaian? Ini pandangan pengundi PRK KKB
Kesemua calon bagaimanapun tidak turun mengundi kerana pengundi luar.
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti 4,119 undi.
DUN KKB menyaksikan pengundi berdaftar seramai 40,226 orang dengan jumlah undian sebanyak 24,471. Peratus keluar mengundi pada PRK KKB ialah 60.83 peratus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram