KEPUTUSAN rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor dijangka akan diumumkan kira-kira pukul 10 malam Sabtu.
Setakat ini, sebanyak 18 pusat mengundi yang terdiri daripada 74 aliran dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK C) Bukit Fraser, Selangor yang terbuka pada 40 pengundi akan ditutup pada pukul 2 petang.
Keputusan juga akan diumumkan di pusat penjumlahan di Dewan Serbaguna Hulu Selangor dan Kompleks Sukan Daerah, Selangor.
BACA LAGI: Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David menyedihkan, perlu dibaiki
BACA LAGI: Dua lagi PRK di Selangor jika betul ADUN BERSATU langgar Perlembagaan parti — Pakar perundangan
Antara pengundi yang selesai menjalankan tanggungjawab. — The Star
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, kawasan KKB mempunyai sekurang-kurangnya 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 tentera, pasangan masing-masing dan seorang pengundi tidak hadir.
Pada Selasa lalu, 97 peratus atau 769 anggota polis dan tentera termasuk pasangan mereka sudah membuang undi sebagai pengundi awal dalam PRK itu.
Tempoh kempen yang berakhir pada 11.59 malam Jumaat menyaksikan empat calon melakukan pecutan terakhir untuk bertemu seramai mungkin pengundi.
Antara calon yang bertanding adalah dari Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; Khairul Azhari Saut, Perikatan Nasional (PN); Hafizah Zainuddin, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas). — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram