Dua lagi PRK di Selangor jika betul ADUN BERSATU langgar Perlembagaan parti — Pakar perundangan


  • Politik
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Zulkafperi (gambar kiri) Abdul Rashid Asari didakwa menyokong kempen Pakatan Harapan semasa PRK KKB.

TINDAKAN dua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkempen untuk parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) berpotensi menyebabkan tergugurnya keahlian parti mereka.

Menurut pakar perundangan, tindakan itu sekali gus boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan seterusnya membawa kepada perlunya untuk mengadakan pilihan raya di kawasan terbabit.

"Jika merujuk kepada pindaan perlembagaan BERSATU yang baharu, wakil rakyat berkenaan boleh hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Parlimen atau wakil rakyat.

"Ini kerana situasi itu termasuk dalam definisi lompat parti berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan," kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.

BACA LAGI: Pokok tumbang: Kena sentiasa pantau sebab tumbuhan berubah setiap hari — Pakar

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

Pada Khamis, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dua wakil rakyatnya secara efektifnya telah kehilangan keahlian di dalam parti mereka selepas menyokong kempen Pakatan Harapan di KKB.

Dua wakil rakyat yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanafi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Untuk rekod, Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan menggariskan dua sebab seseorang Ahli Dewan Rakyat perlu mengosongkan kerusi dimenanginya dalam pilihan raya.

Ia melibatkan tindakan wakil rakyat melepaskan keanggotaan sebagai atau tidak lagi menjadi anggota parti politik, atau calon Bebas yang bertindak menyertai parti politik sebagai ahli.

2654053

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mac lalu, Perhimpunan Agung Khas BERSATU meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan ADUN serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan BERSATU iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Fasal tersebut antara lain memperuntukkan mana-mana ahli BERSATU yang juga wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang selari dengan adalah disifatkan terhenti keahliannya daripada BERSATU secara serta-merta.

Pada masa sama, Perkara 10.5 menjelaskan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri.

Semua arahan yang dikeluarkan di bawah fasal itu hendaklah dibuat secara bertulis.

Pindaan tersebut dilakukan berikutan tindakan enam enam ahli Parlimennya termasuk Zulkafperi yang bertindak secara terbuka menyatakan pendirian bertentangan dengan parti apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin (baris depan, tengah) pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.
Perhimpunan itu dijalankan secara maya dari beberapa lokasi yang ditetapkan mengikut negeri dan dijalankan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19. 
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, Nov 28 -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) President Tan Sri Muhyiddin Yassin (front row, middle) at the Bersatu annual general assembly today.
The proceedings are being conducted virtually from locations fixed according to states, with strict adherence to the standard operating procedure (SOP) to curb the spread of COVID-19. 
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED


Perhimpunan Agung Khas BERSATU meluluskan pindaan perlembagaan parti pada Mac lalu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan ADUN serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pada masa sama, Abdul Rashid pada Mac lalu memberikan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pindaan terbabit dilaporkan turut sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada awal April lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi yang juga Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, BERSATU perlu memastikan wakil rakyat yang berkempen bagi pihak lawan itu benar-benar menepati kategori atau definisi sebagai mana pindaan perlembagaan parti.

"Jika dilihat dalam pindaan Perlembagaan BERSATU, antara elemen mesti ada adalah arahan dikeluarkan oleh parti dan juga wakil rakyat berkenaan telah melanggar arahan berkenaan.

"Jadi kedua-dua perkara ini perlu ditunjukkan jika ianya benar-benar berlaku maka wakil rakyat yang berkempen bagi pihak lawan itu adalah tidak lagi menjadi anggota BERSATU dan secara tidak langsung hilang kerusi sebagai ahli parlimen dan perlu diadakan pilihan raya baharu.

"Jadi secara ringkasnya dalam situasi ini, jika parti BERSATU mengambil tindakan berdasarkan perlembagaan parti dan juga peruntukan yang ada dalam Perkara 49A, maka, ahli Parlimen berkenaan atau wakil rakyat berkenaan boleh hilang kerusi mereka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram