BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan antara tokoh yang hadir ketika himpunan solidari Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mereka disertai ratusan orang awam yang mengenakan pakaian berwarna negara berkenaan dengan himpunan bermula di Bukit Bintang, Masjid KLCC dan Masjid Ibnu Mas'ud di Kampung Datuk Keramat.
Pergerakan mereka bagaimanapun terhenti kira-kira 200 meter (m) daripada kedutaan tersebut, di mana polis sudah memasang penghalang terlebih dahulu.
BACA LAGI: Malaysia sedia beri bantuan rawatan kepada rakyat Palestin — PM Anwar
Ratusan peserta menyertai himpunan aman solidariti buat umat Palestin.
BACA LAGI: [VIDEO] Kumpulan Patriot 'kantoi' rupanya anggota FBI dikerah lawan penunjuk perasaan pro-Palestin
Dalam perhimpunan berkenaan, Abdul Hadi menyatakan orang ramai seluruh dunia sudah menyedari akan kekejaman yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.
"Hari ini, kita di sini menunjukkan solidari buat warga Palestin. Ayuh kita bangkit bersama," katanya.
Sementara itu, Mahathir menyatakan rakyat negara tersebut adalah sangat cekal meskipun berdepan risiko kematian dalam mempertahankan tanah air sendiri.
"Mereka memilih untuk kekal di sana meskipun tahu akan bahaya menanti. Mereka mahu mempertahankan tanah air tercinta kerana masing-masing tidak mahu melihat negara sendiri dirampas.
"Saya diberitahu terdapat hampir dua juta penduduk di sana dan lebih 40,000 warga Palestin sudah terbunuh dalam tempoh tujuh bulan," katanya.
Perhimpunan itu kemudiannya bersurai secara aman pada kira-kira pukul 4 petang. — The Star/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram