SEORANG lelaki yang baru enam bulan dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan dadah, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Muar, Johor pada Ahad atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, Februari lalu.
Tertuduh berusia 47 tahun yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Sebelum ini, dia yang bekerja di kebun menjalani hukuman penjara selama 23 tahun dan dibebaskan November tahun lalu.
BACA LAGI: Tidur di dalam masjid harus tetapi bersyarat, elak orang ambil kesempatan — Mufti

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar, Johor pada Ahad.
BACA LAGI: Bermula sekadar hobi, isteri atlet para kebangsaan kini tak menang tangan mekap wajah pelanggan
Tertuduh didakwa sekali lagi atas kesalahan melakukan perbuatan seksual terhadap anak saudaranya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Air Hitam, Batu Pahat, Johor pada petang awal Februari lalu.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Tertuduh sebelum ini didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diperintah menjalani hukuman penjara sejak 2000.
Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika remaja itu sedang baring di rumah tamu rumah neneknya sambil bermain telefon.
Ketika itu, tertuduh tiba bersama adik mangsa berusia sembilan tahun sebelum bertindak melakukan perbuatan keji itu.
Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Air Hitam namun diminta merujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Semasa menerima rawatan, doktor mendapati terdapat kesan calar pada tangan mangsa. Doktor kemudian bertanyakan mangsa sebelum menceritakan dia dipukul bapa kandung.
Pada masa sama, mangsa juga mendedahkan perbuatan bapa saudaranya kepada doktor sebelum membuat laporan polis.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
Susulan pengakuan tidak bersalah, mahkamah menetap esok untuk sebutan semula kes, permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
