MOF ingatkan orang ramai hati-hati penipuan melalui STR, SARA


  • Primer
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan di media sosial. — Gambar hiasan/The Star

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap aktiviti penipuan secara dalam talian yang menggunakan cuba menggunakan saluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

MOF dalam satu kenyataan berkata, pihak ketiga tidak dibenarkan menggunakan nombor telefon rasmi dan pegawainya tidak diberi kuasa mengutip bayaran daripada orang ramai untuk sebarang tujuan.

"Orang ramai diingatkan supaya melaporkan kepada polis dengan segera jika menerima panggilan sedemikian. Untuk pertanyaan berkaitan kedua-dua sumbangan itu, orang ramai masih boleh menghubungi talian STR dan SARA Kementerian Kewangan di talian 03-8882 4565/4566," katanya.

BACA LAGI: Kadar cukai perkhidmatan 8 peratus tak jejas keperluan asas rakyat — MOF

BACA LAGI: Cukai 10 peratus barangan import online, ketahui fakta produk LVG yang terjejas

FB_IMG_1711954595520-717x1024

Maklumat tentang kadar dan tarikh bayaran STR. — eCentral

Bermula April lalu, pembayaran STR fasa dua disalurkan kepada 8.4 juta penerima dengan bayaran antara RM100 hingga RM650.

Bantuan SARA bagi isi rumah miskin tegar pula disalurkan pada 22 Januari lepas sekali gus memberi manfaat kepada 700,000 rakyat Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram