Penduduk lebih 30,000 tapi 5 daerah di Sarawak tiada hospital


  • Primer
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Anwar bersama pimpinan Persekutuan dan kerajaan Sarawak sempat singgah ke Bazar Ramadan Desa Ilmu di Kota Samarahan, Sarawak. — Facebook/Anwar

LIMA daerah di Sarawak masih tidak mempunyai hospital walaupun penduduk melebihi 30,000 orang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain sektor kesihatan, beliau turut berkata, terdapat pecahan signifikan bilangan sekolah yang tiada peruntukan pembangunan.

Itu antara perkara yang dibincangkan dalam Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan beliau pada Sabtu.

Menurutnya, perbincangan selama hampir satu jam 30 minit itu menyentuh pelbagai isu, cabaran, perancangan dan keperluan bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan serta sekolah daif di Sarawak.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh

Lima daerah di Sarawak masih tidak mempunyai hospital. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah

“Antaranya mengenai kekurangan nisbah perkhidmatan kepakaran perubatan kepada penduduk berbanding purata nasional, kekurangan institusi perubatan khas bagi rawatan kanser, wanita dan kanak-kanak, rehabilitasi, perubatan respiratori, pusat darah dan kepakaran pergigian.

“Saya gesa Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan semua kementerian dan agensi berkaitan memberi perhatian khusus dan segera.

"Ini bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Sarawak secara berkesan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Anwar turut memaklumkan, beliau bersetuju agar Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepat proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak.

"Projek-projek tersebut merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Sarawak di luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram