SEORANG pekerja kilang maut ketika mengendalikan mesin pelarik dalam kejadian di bandar Naberezhnye Chleny, Tatarstan, Rusia.
Insiden ngeri yang berlaku pada November 2020 itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dimuat naik semula di media sosial baru-baru ini.
Klip berdurasi 56 saat itu menunjukkan seorang pekerja mengendalikan mesin pelarik secara normal sebelum badannya tiba-tiba ditarik ke arah mesin berkenaan.
Lebih menyeramkan lagi, badan mangsa dilihat terperangkap dan berpusing beberapa kali mengelilingi mesin pelarik itu sehingga darahnya merecik di sekeliling kawasan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh
BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah
Kejadian itu turut disedari seorang pekerja lain, namun cubaannya untuk membantu mangsa gagal.
Dia hanya mampu mematikan mesin tersebut, namun tidak berjaya menyelamatkan nyawa rakan sekerjanya.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat ketidakpatuhan terhadap piawaian keselamatan industri dalam pengendalian mesin pelarik.
Selain itu, mengenakan pakaian seragam yang tidak sesuai menyebabkan lelaki terbabit terperangkap dalam paksi mesin.
Untuk rekod, pelarik ialah mesin yang digunakan dalam industri untuk membentuk kepingan logam, kayu, plastik dan bahan lain.
Ia digunakan secara meluas dalam industri kerja logam untuk mencipta bahagian dengan bentuk dan dimensi yang tepat, selain digunakan juga dalam pertukangan kayu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram