[VIDEO] Satu famili terperanjat, tetamu misteri selamba lena atas sofa rumah di Kerian


  • Tular
  • Selasa, 07 Mei 2024

Tangkap layar seorang lelaki tidak dikenali selamba tidur di sofa rumah orang lain di Kuala Kurau, Kerian pada Isnin.

SATU keluarga digemparkan dengan tindakan seorang lelaki tidak dikenali dikesan tidur di sofa mereka yang diletakkan di kawasan parkir hadapan rumah pada waktu malam.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Kampung Batu 8 Seri Makmur dekat Kuala Kurau di Kerian, Perak pada Isnin.

Melalui satu video tular yang dirakam salah seorang ahli keluarga tersebut memaparkan individu berkenaan tidur dalam keadaan lena.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Anak penjual daging kambing bunuh, kerat isteri dedah suspek terbeban masalah kewangan — Polis

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

WhatsApp Image 2024-05-07 at 18.33.38

Pada masa sama, kelihatan seorang lelaki yang juga pemilik rumah tersebut dilihat cuba mengejutkan lelaki berkenaan.

"Oi bangun, blah (keluar). Ini rumah orang. Kau duduk mana? Ini rumah orang. Kau balik," kata pemilik rumah tersebut.

Lelaki dipercayai warga asing berkenaan bangun dalam keadaan mamai dan tidak menjawab soalan yang diajukan oleh pemilik rumah.

Dia kemudiannya dilihat bangun dan meninggalkan rumah itu tanpa meminta maaf kepada tuan rumah.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram