Pemuda OKU terbunuh, tangan mangsa rompak di Bukit Mertajam diikat dengan 'cable tight', mulut disumbat kain


  • 112
  • Rabu, 08 Mei 2024

Kejadian rompakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki OKU di Guar Perahu, Bukit Mertajam pada Rabu. — Facebook

SEORANG lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan maut dalam kejadian rompakan di rumahnya yang terletak di Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, sepasukan polis ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.

BACA LAGI: Serangan terhadap Akhyar, Faisal dan Safiq guna modus operandi sama, Bukit Aman sahkan IG Muhammad Imran Suresh palsu

BACA LAGI: Bimbang keselamatan diri, ketahui harga ikut jam upah pengawal peribadi termasuk bersenjata

441173059_7880567068674155_5494701803129218674_n

Gambar arwah yang dikongsikan warga Facebook sebelum terbunuh dalam kejadian. — Facebook

Katanya, berdasarkan keterangan bapa mangsa (pengadu), dia yang tidur di bilik berasingan dengan isterinya bangun dan mahu mengejut isterinya (yang tidur di bilik lain), namun didapati tangan dan kaki isterinya diikat dengan kabel manakala mulut disumbat dengan kain serta pita pelekat hitam dalam keadaan cedera luka di jari kanan.

"Kemudian, pengadu pergi ke bilik anak lelakinya (seorang OKU bisu) juga didapati dalam keadaan sama seperti isterinya namun tertiarap di lantai dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.

"Pengadu kemudian menghubungi pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia sebelum mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Helmi berkata, pengadu mengesyaki bahawa kediamannya dipecah masuk berdasarkan keadaan rumah yang berselerak.

441031660_843972204434571_8084737495875839205_n

Pasukan keselamatan yang tiba di lokasi kejadian. — Facebook

Mengulas lanjut, Helmi berkata, siasatan polis mendapati terdapat individu tidak dikenali yang bersenjatakan parang telah masuk ke dalam rumah mangsa.

"Suspek bertindak mengikat mangsa (wanita warga emas) dan anak lelakinya (mangsa) seterusnya menggeledah bilik mangsa dan mengambil wang tunai serta sebuah televisyen sebelum melarikan diri menaiki kenderaan.

"Bagaimanapun, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan lima rekod dadah," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, arwah Mat Sarip merupakan seorang insan baik dan berhati mulia walaupun OKU.

"Salam takziah buat Pak Teh Halim dan Mak Teh (ibu bapa mangsa). Al-fatihah buat Mat Sarip, anak Pak Teh," tulis Penang Press. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram