SEBAHAGIAN besar peminat fanatik bola sepak Terengganu FC (TFC) berang selepas dikecam habis-habisan susulan insiden yang menimpa pemain sayap yang juga bintang TFC, Akhyar Rashid yang cedera dipukul selepas disamun di Terengganu pada Khamis.
Malah, ada segelintir penyokong kelab dari Pantai Timur terkilan apabila warga maya menuduh Terengganu sudah tidak selamat terhadap apa yang terjadi kepada Akhyar.
Seorang netizen, Azam Bakar turut menasihati pemain bola sepak yang lain agar tidak berhijrah ke pasukan Sang Penyu atas faktor keselamatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota
"Mana-mana pemain yang ingin berhijrah mewakili pasukan Terengganu fikirlah 10 kali untuk menerima pelawaan mereka ini.
"Rakyat ganas dan bengis," dakwanya.
Bakar Ghaffar pula mendakwa kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Akhyar masih kekal bersama JDT.
"Bertahun-tahun duduk di Johor tiada apa kejadian buruk yang menimpa Akhyar.
"Harap Akhyar dapat menempuh dugaan, dan sembuh segera. Moga diberi perlindungan oleh Nya," dakwanya.
BACA LAGI: Sambutan hari jadi bertukar tragedi, Eyka Farhana temani Akhyar Rashid dapatkan rawatan di hospital
Difahamkan, pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu disamun di Tanjung, Kuala Terengganu pada pukul 9 malam Khamis.
Rakaman Akhyar yang sedang menunggu menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah turut tular di laman penyokong Terengganu FC.
Kejadian samun yang menimpa pemain muda itu juga menimbulkan persoalan dan tanda tanya di mana keberadaan pengawal peribadi Akhyar.
Seorang warga maya, Hafizul Aiman berkata, kejadian samun itu tidak akan berlaku sekiranya pengawal peribadi Akhyar berada di tempat kejadian.
"Bukan dahulu Akhyar ini pernah ada bodyguard (pengawal peribadi) masa jumpa fans (penyokong)? Mana bodyguard dia?
"Netizen pun satu hal, bila dah jadi macam ini mula buat spekulasi Terengganu sudah tak selamat sedangkan kejadian samun dan rompak berlaku di mana-mana," tulisnya.
Sementara itu seorang warga maya, Hanafi KobisJaybee menasihatkan Akhyar tersebut untuk melantik seorang pengawal keselamatan memandangkan dia seorang pemain yang terkenal.
"Awak 'player star' dan gaji juga besar. Boleh rasanya lantik pengawal peribadi," katanya.
Terdahulu, Majoriti melaporkan pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dipukul dengan senjata pada kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali sebaik turun dari kenderaan.
Untuk rekod, Akhyar yang juga teman lelaki kepada selebriti, Eyka Farhana mula menyertai TFC secara pinjaman daripada JDT untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Pemain itu juga difahamkan berada dalam perancangan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram