Serangan terhadap Akhyar, Faisal dan Safiq guna modus operandi sama, Bukit Aman sahkan IG Muhammad Imran Suresh palsu


  • 112
  • Rabu, 08 Mei 2024

Kes tiga pemain bola sepak negara didapati dilakukan dengan modus operandi sama manakala akaun Instagram Muhammad Imran (kanan) disahkan palsu. — Instagram

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan corak serangan ke atas tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini menggunakan modus operandi sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menyedari bahawa serangan itu berlaku selang dua hari.

"Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa juga diekori sebelum diserang, selain penyerang juga dilihat berpasangan. Berdasarkan serangan, nampaknya mereka melakukan persiapan terlebih dahulu. Akhyar Rashid merupakan mangsa pertama pada 2 Mei, diikuti kes Faisal Halim yang berlaku pada 5 Mei dan kes ketiga melibatkan Safiq Rahim yang berlaku di Johor Baru pada Selasa," katanya pada Rabu.

BACA LAGI : Serangan terhadap Akhyar, Faisal dan Safiq guna modus operandi sama, Bukit Aman sahkan IG Muhammad Imran Suresh palsu

BACA LAGI : Bimbang keselamatan diri, ketahui harga ikut jam upah pengawal peribadi termasuk bersenjata

Comm Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain chair The press conference at Bukit Aman about football player bring splash chamical.—LOW BOON TAT/THE STAR

Shuhaily mengesahkan modus operandi yang dilakukan suspek dalam tiga kejadian adalah sama. — The Star

Dalam perkembangan lain, polis turut mendapati akaun Instagram (IG) Muhammad Imran Suresh yang mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian simbah asid ke atas Faisal Halim itu adalah palsu.

Shuhaily berkata, individu berkenaan dilihat cuba mengganggu dan mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian itu.

"Kita juga sedang memantau semua akaun di media sosial dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Kami tidak boleh memberi peluang kepada mereka yang berniat mengambil kesempatan dan mengganggu ketenteraman," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, individu itu mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan harus tampil ke hadapan dan bukannya mengeluarkan kenyataan kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu, pemilik akaun Instagram itu mendakwa, polis memanggilnya untuk membantu siasatan kes serangan asid itu. — The Star/AUSTIN CAMOENS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram