Bimbang keselamatan diri, ketahui harga ikut jam upah pengawal peribadi termasuk bersenjata


  • Massa
  • Rabu, 08 Mei 2024

Terdapat harga berbeza yang ditawarkan beberapa syarikat untuk perkhidmatan pengawal peribadi mengikut keadaan. — Gambar hiasan

RAKYAT Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan kes jenayah melibatkan dua pemain bola sepak tanah air, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

Selepas Akhyar cedera dipukul dan disamun, penyokong Selangor FC pula mengalami nasib buruk apabila Faisal disimbah cecair asid di sebuah pusat beli belah.

Insiden itu membuka mata ramai sehingga orang awam mahu satu sistem keselamatan lebih baik bagi mengelak isu sedemikian berulang.

BACA LAGI: Tangan kiri paling teruk, Faisal Halim dijangka berada dalam ICU selama 10 hari

BACA LAGI: Bimbang keselamatan pemain selain Faisal Halim terancam, Selangor mohon tunda Piala Sumbangsih

msg1050426791-31651

Kes Faisal Halim yang masih mengejutkan orang ramai. — Gambar hiasan

Antara pendekatan dibangkitkan adalah dengan mengupah seorang pengawal peribadi untuk memastikan keselamatan pemain, lebih-lebih lagi bagi bintang kebangsaan.

Bagaimanapun, pelantikan itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam negara kerana keamanan sebelum ini di tahap berbeza berbanding zaman ini.

Jadi, orang ramai masih beranggapan khidmat sedemikian adalah merugikan kerana pemain atau kelab perlu mengeluarkan kos tinggi bagi seorang pengawal peribadi.

Namun, melihat kepada landskap tempatan, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan khidmat demikian demi keselamatan figura penting setiap kali berada di tempat awam.

msg1050426791-31654

Perkhidmatan pengawal peribadi yang bersenjata ada disediakan. — Gambar hiasan

Antara agensi yang menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi adalah RSS Security Sdn Bhd yang memperkenalkan RSS Go Guard pada 2021.

Pendekatan moden itu menawarkan perkhidmatan keselamatan lebih fleksibel, pantas dan terjamin.

Lebih istimewanya, perkhidmatan kawalan itu boleh didapatkan pada bila-bila masa dengan kadar serendah RM90 bagi kawalan keselamatan minimum enam jam.

Perkhidmatan itu juga melibatkan pengawal peribadi terlatih berusia 18 hingga 58 tahun.

Bukan itu sahaja, khidmat tersebut turut boleh didapatkan dengan harga RM440 untuk lapan jam yang ditawarkan syarikat Grandpride Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, perkhidmatan pakej pengiring dan pengawal peribadi pernah ditawarkan Dextforce Sdn. Bhd dengan beberapa kategori termasuk yang bersenjata.

Bagi kawalan dengan senjata dan tanpa senjata, orang awam boleh mendapatkan harga di bawah RM20 untuk satu jam seorang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram