Mahkamah AS secara rasmi tamat kes berhubung 1MDB lepas Goldman Sachs selesai bayar penalti RM13.74 bilion


Goldman membantu menjual AS$6.5 bilion (RM30.82 billion) bon untuk 1MDB, yang ditubuhkan bekas dengan bantuan pembiaya yang juga warga Malaysia, Jho Low untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.

HAKIM di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin secara rasmi menamatkan perbicaraan kes jenayah terhadap Goldman Sachs (Goldman) berkaitan urus niaga bank Wall Street yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas syarikat pelaburan itu memenuhi obligasinya dan membayar penalti AS sebanyak AS$2.9 bilion (RM13.74 bilion).

Ketua Hakim Margo Brodie Mahkamah Persekutuan di Brooklyn menolak tuduhan konspirasi rasuah terhadap Goldman selepas bank itu berjaya menyelesaikan perjanjian pendakwaan tertunda tiga tahun yang tamat pada Oktober.

Goldman yang merupakan sebuah bank pelaburan terkemuka dunia tidak menentang keputusan pengguguran pertuduhan jenayah terbabit.

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

photo1715042676

Dua bekas pegawai bank Goldman iaitu Tim (kiri) dan Roger telah didakwa di bawah kes jenayah di AS.

BACA LAGI: Latar belakang pendidikan calon jadi pertikaian? Ini pandangan pengundi PRK KKB

Bank itu membantu menjual $6.5 bilion (RM30.82 billion) bon untuk 1MDB, yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan bantuan pembiaya yang juga warga Malaysia, Jho Low untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.

Pihak berkuasa AS dan Malaysia sebelum ini berkata, $4.5 billion (RM21.34) bilion telah diseleweng, dengan sejumlah dana berkenaan dilencongkan ke akaun bank luar pesisir dan syarikat cengkerang dikaitkan dengan Jho Low, yang kini merupakan individu dalam buruan.

Goldman berkata, pegawai 1MDB dan bekas pegawai kerajaan Malaysia berbohong kepadanya tentang bagaimana hasil jualan bon akan digunakan.

Bank itu mengutip kira-kira AS$600 juta (RM2.85 billion) juta dalam bentuk yuran, dan cawangannya di Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Dua bekas pegawai bank Goldman telah didakwa di bawah kes jenayah di negara terbabit.

Tim Leissner, yang mengetuai perniagaan Goldman di Asia Tenggara, mengaku bersalah dan masih belum dijatuhkan hukuman.

Roger Ng yang merupakan bekas ketua perbankan pelaburan di Malaysia, disabitkan kesalahan di Brooklyn dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, tetapi dibawa ke Malaysia Oktober lalu untuk membantu siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram