SEJARAH tercipta apabila perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kes rasuah dan penggubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion diadakan pada Sabtu.
Perbicaraan penuh bersejarah itu diadakan tepat pada 8.30 pagi dengan Najib tiba ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara bersama-sama pihak berkuasa.
Dalam perbicaraan tersebut, peguam Najib, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin menyoal balas saksi ke-49 kes ini iaitu Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin.
Prosiding yang dilakukan depan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dengan seramai 50 saksi telah pun tampil dalam perbicaraan ini. Saksi ke-50, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo telah diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.
BACA LAGI: Anwar pulangkan elaun Khazanah, kekal tidak ambil gaji PM
Najib berdepan pertuduhan akibat rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana 1MDB. — THE STAR/RAJA FAISAL HISHAN
BACA LAGI: Anak MB Perlis, 4 individu lain dibebas dengan jaminan SPRM
Disebabkan itu, Sequerah mengarahkan agar beberapa tarikh perbicaraan termasuklah pada hari Sabtu. Antara tarikh-tarikh lain yang ditetapkan adalah pada 4 dan 25 Mei serta 1, 8 dan 15 Jun. Sebagai rekod, semua tarikh yang ditetapkan jatuh kepada hari Sabtu.
Najib berdepan empat pertuduhan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk mendapatkan wang sejumlah RM2.3 bilion 1MDB. Selain itu, dia juga berdepan 21 pertuduhan lain melibatkan penggubahan wang haram dengan jumlah sama.
Selain Aida, antara saksi-saksi lain yang dipanggil adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengarah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram