SPRM, PDRM siasat laporan 4 'supercar' terkait skandal 1MDB dirampas di Jerman


  • 112
  • Ahad, 28 Apr 2024

Antara model kereta Bugatti Veyron yang dipercayai terkait dengan skandal 1MDB dirampas di Jerman awal minggu ini. — Agensi

MAKLUMAT berhubung rampasan empat buah kereta mewah model Bugatti Veyron oleh polis Jerman dilaporkan sedang diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berdasarkan laporan agensi Bild, kesemua kereta itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, kereta mewah tersebut dirampas di kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman awal minggu ini.

BACA LAGI : Semua 25 pertuduhan jenayah 1MDB terhadap Najib 'salah' — Peguam bela

EE2E7900-E2BC-4EFD-9FA9-9E143E96DA21

Kereta tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB. — Gambar hiasan/The Star

BACA LAGI : Najib pilih tidak dedah jumpa Raja Arab Saudi ketika siasatan 2018 — Saksi

Keempat kereta itu termasuk versi Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini yang masing-masing bernilai kira-kira RM14.3 juta (AS$3 juta).

"Kereta ini jarang dijual dan tidak biasa ditemui di lelongan awam.

"Kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih," menurut Bild.

Tambahnya, kereta itu diletakkan di tempat letak kereta Motorworld Munich ketika majlis pertunjukan automotif.

Untuk rekod, skandal 1MDB membabitkan pihak kenamaan iaitu daripada ahli politik dan bank sehinggalah bintang Hollywood dan telah membawa kepada siasatan jenayah di beberapa negara.

Pada 2021, SPRM dengan kerjasama agensi penguat kuasa antarabangsa setakat ini berjaya memulangkan aset 1MDB berjumlah lebih RM20.53 bilion kepada kerajaan Malaysia.

SPRM memaklumkan, badan itu kini giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan Singapura. — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram