MAHKAMAH Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang pertemuannya dengan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud ketika disiasat berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2018.
Pegawai penyiasat SPRM, Nur Aida Arifin memberitahu Mahkamah Tinggi yang Najib tidak secara sukarela memberikan maklumat tersebut sewaktu kenyataannya dirakam di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009.
Saksi ke-49 itu mendedahkan perkara tersebut ketika disoal oleh ketua peguam bela, Tan Sri Shafee Abdullah yang menyoal kenapa SPRM tidak mendesak Najib untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai pertemuan terbabit.
Dalam pertemuan tersebut pada 2010 itu, Najib mengetuai delegasi menteri bertemu bekas Raja Arab Saudi itu.
Selain Najib, bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Syed Omar Al-Saggaf turut menyertai perjumpaan tersebut.
BACA LAGI: Ibu tunggal pesalah khalwat pertama dihukum rotan di Terengganu
Najib (kanan) bersama peguamnya Shafee (kiri) sewaktu perbicaraan SRC. — THE STAR/KAMARUL ARIFFIN
Aida kemudiannya menjawab yang Najib sememangnya tidak memberitahu pihak SPRM berkenaan pertemuan ini sewaktu memberikan keterangan.
"Najib juga tidak menyatakan perkara ini. Ia cuma ketika perbicaraan SRC (sewaktu peringkat pembelaan) ketika isu tersebut sedang dibangkitkan," kata Aida.
Aida turut menyatakan yang dia tidak diberikan arahan untuk mendapatkan kenyataan daripada tiga individu yang bersama Najib ketika lawatan tersebut.
Shafee kemudiannya bertanya kepada Aida kenapa Najib tidak diminta untuk mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Raja Abdullah waktu itu.
"Najib bebas untuk menambah sebarang butiran seperti yang dia mahu dalam kenyataan membela dirinya, tetapi dia memilih untuk tidak melakukan sedemikian (mendedahkan pertemuan)," jawab Aida.
BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie
Anifah juga ada mengikuti Najib bertemu Raja Abdullah. — THE STAR/MOHD SAHAR MISNI
Dalam pertemuan tidak rasmi itu, Najib dikatakan bertemu Raja Abdullah untuk menerima sejumlah dana bagi membantunya memenangi pilihan raya umum pada 2013.
Perkara itu diketahui ketika perbicaraan kes SRC tetapi pihak pembelaan Najib memaklumkan bahawa wang yang dimasukkan dalam akaun peribadinya adalah derma daripada raja tersebut.
Namun Najib dikatakan tidak selesa memegang duit dalam jumlah sebegitu banyak. Najib pernah menerima RM3.2 bilion pada 2013 selepas pilihan raya namun kemudiannya memulangkan semula RM2.9 bilion.
"Najib mendedahkan yang dia hanya mahu menyalurkan duit tersebut sebagai dana politik dan tidak mahu menggunakannya untuk tujuan lain seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya," kata Aida. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram