Semua 25 pertuduhan jenayah 1MDB terhadap Najib 'salah' — Peguam bela


Muhammad Shafee (kiri) menegaskan semua pertuduhan jenayah melibatkan 1MDB terhadap Najib adalah 'salah'.

SEMUA 25 pertuduhan jenayah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah 'salah' dan tidak berasas, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pertikaian itu dibangkitkan peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika perbicaraan rasuah RM2.27 bilion 1MDB terhadap bekas perdana menteri itu, berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pihaknya akan menyangkal kesahihan dakwaan dan tuduhan secara habis-habisan pada akhir prosiding berkenaan.

"Saya tidak mahu kami dituduh (kerana) tidak membangkitkan perkara ini.

"Perihal perkara bagi semua pertuduhan akan menjadi sebahagian besar daripada penghujahan kami, bahawa semua pertuduhan itu adalah salah," kata Muhammad Shafee kepada Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Jelas Muhammad Shafee, pertuduhan jenayah berkenaan salah dengan kebanyakannya lebih melibatkan isu duplicity dan multiplicity sahaja.

Untuk rekod, terma duplicity membawa maksud dua atau lebih kesalahan disebut dalam satu pertuduhan, larangan undang-undang ialah memperkenalkan lebih satu kesalahan dalam satu pertuduhan.

Sementara multiplicity merujuk pada kesalahan didakwa adalah lebih daripada satu pertuduhan yang juga ada undang-undang larangan bagi pertuduhan berganda.

BACA LAGI: Najib pilih tidak dedah jumpa Raja Arab Saudi ketika siasatan 2018 — Saksi

Men walk past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, Malaysia, March 1, 2015. Malaysian Prime Minister Najib Razak slammed a report that said close to $700 million was wired to his personal account from banks, government agencies and companies linked to the debt-laden state fund 1MDB, claiming this was a

Najib berdepan tuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Pembebasan Najib tak beri sebarang nilai tambah kepada rakyat — Anwar

Perkara itu dibangkitkan semasa pemeriksaan balas Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin yang dikendalikan peguam bersama Wan Azwan Aiman.

Wan Azwan berkata, pihak pembelaan sedang cuba untuk memastikan sama ada Nur Aida, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB, sememangnya telah menyiasat empat elemen dalam pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib bagaimanapun membantah soal siasat barisan pembelaan, dengan mengatakan bahawa bahagian tertentu pertuduhan yang dihadapi Najib adalah selaras dengan Seksyen 23(2) Akta SPRM, dengan terdapat anggapan bahawa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasanya.

Seksyen 23(2) menyatakan bahawa seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi diri sendiri, saudara atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil keputusan.

Najib berdepan tuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. — The Star/Nurbaiti Hamdan

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram