Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang — PM Anwar


  • Primer
  • Ahad, 05 Mei 2024

Anwar Ibrahim disambut orang ramai semasa menghadiri Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong pada Ahad.

KERAJAAN Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

"Kita menerima berita baik kerana Tuanku Sultan Nazrin dan kerajaan negeri, Menteri Besar Datuk Seri Saarani bersetuju untuk menyediakan bekalan air dari Sungai Perak dan mengalir melalui industri hijau Kerian dan sekurang-kurangnya ke Seberang Perai. Fasa pertama akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

"Saya (juga) percaya dengan hubungan yang lebih baik dengan Kedah sejak akhir-akhir ini, mudah-mudahan dapat kekal dan saya percaya boleh dirunding cara yang lebih profesional keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah dari soal perbekalan air,” katanya.

BACA LAGI: Tiada keputusan muktamad pemotongan subsidi diesel — PM Anwar

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara yang diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang, pada Ahad.

Menurutnya, fasa pertama, bekalan air tersebut akan meliputi kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

"Kerana kebimbangan terutamanya di kawasan Nibong Tebal tentang bekalan air, saya percaya dengan hubungan yang lebih baik dengan Kedah akhir-akhir ini, mudah-mudahan berkekalan. Saya percaya boleh dirunding dengan cara lebih profesional, keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah daripada soal air.

BACA LAGI: Media Singapura buat laporan khas bongkar pemandu, sistem bas ekspres Malaysia

"Di samping itu, inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang dimulakan dari dulu dan kita menerima baik kerana Tuanku Sultan Perak serta kerajaan Perak bersetuju untuk membekalkan bekalan air dari Sungai Perak melalui Industri Hijau Kerian, sekurang-kurangnya ke Seberang Perai.

"Fasa pertama akan masuk ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini pada Ahad. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram