LRT Langkawi: Kerajaan tidak perlu layan 'wishlist' tak masuk akal — Umno Kedah


  • Politik
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Shaiful Hazizy berkata cadangan untuk membina kereta api Maglev di Langkawi adalah sebuah cadangan yang sangat tidak realistik dan tidak sesuai dengan keperluan semasa.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan dinasihatkan berhati-hati dalam melayani senarai hajat (wist list) Kedah kerana dianggap tidak masuk akal.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia susulan kerajaan Kedah baru sahaja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat di Korea Selatan untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) Langkawi dengan teknologi kereta api Maglev.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan untuk membina kereta api Maglev di Langkawi adalah sebuah cadangan yang sangat tidak realistik dan tidak sesuai dengan keperluan semasa.

BACA LAGI: Bayar prinsipal bantu langsai pinjaman bank lebih cepat

"Besar mana pula Langkawi sampai perlu kereta api laju? Banyak mana pula pelancong dan penduduk di Langkawi sampai perlu kereta api dengan kapasiti ratusan ribu penumpang.

"Sebab itu 'wishlist' ini adalah sebuah permintaan yang tidak guna akal dan fikiran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas Shaiful Hazizy, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, juga ada memaklumkan Kementerian Pengangkutan tidak ada menerima satu pun permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk membina LRT di Langkawi.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Mana bodyguard?’ Fans Terengganu berang kena kecam habis-habisan lepas Akhyar Rashid disamun

Sehubungan itu, beliau menyifatkan, Perdana Menteri dan kerajaan perlu berhati-hati dan tidak perlu mengambil serius dalam mendengar senarai hajat Kedah itu.

"Kementerian Pengangkutan pula jangan luluskan LRT Langkawi sebab akan akan memalukan dan menampakkan seolah Kedah ini bodoh," katanya.

Shaiful Hazizy berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan berjaya melaksanakan projek-projek mega ini nanti.

"Kita lihat sahaja projek KXP, KRC, Widad Langkawi, Projek Litar Lumba dan macam macam lagi. Hujung hujung, Kerajaan Persekutuan juga dipersalahkan," katanya.

Beliau juga berharap, Perdana Menteri dan kerajaan terus memperkasa dan memberi keyakinan kepada agensi kerajaan persekutuan termasuk Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU Kedah) dalam mengendalikan projek pembangunan secara terus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram