28 dicekup, polis Butterworth siasat punca rusuhan berparang


  • 112
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Tangkap layar daripada satu video pendek pergaduhan orang ramai yang tercetus di Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat.

POLIS menahan seramai 28 lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang tular di media sosial sejak Jumaat.

Semua suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan polis di beberapa lokasi sekitar Butterworth pada Sabtu selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata polis siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita dipercayai OKU libas tali, cuba terajang penunggang lain di Pulau Pinang

441422454_733677685603159_3032515223857057574_n

Kenyataan polis yang dikeluarkan berhubung kes rusuhan berlaku di Butterworth pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi

"Oleh itu, polis mengesan semua yang terbabit dan menahan 28 lelaki yang kemudian direman untuk tindakan lanjut. Polis turut merampas barang kes digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Terdahulu tular video pendek berdurasi empat saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram