Peniaga mati tertiarap, CCTV rakam 4 lelaki bersenjatakan parang dan pistol taser pecah masuk rumah


  • 112
  • Khamis, 25 Apr 2024

Orang ramai serta polis berada di sekitar kawasan rumah mangsa pembunuhan di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.

SEORANG peniaga ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, Selangor dalam kejadian pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 11.39 pagi.

“Anggota polis menemui mayat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dalam keadaan meniarap di hadapan bilik tidur.

BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah CieBACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), empat orang lelaki dikesan masuk ke rumah berkenaan dengan bersenjatakan parang dan ‘taser gun’.

“Seorang lagi suspek menunggu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram