Bapa buntu, mohon bantuan jejak anak gadis hilang dilarikan 3 lelaki naik motor di Pendang


  • Massa
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Norqalesya yang hilang selama lima hari selepas keluar dari rumahnya di Kedah pada Isnin lepas. — Facebook/Siti Mariam

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun disyaki hilang selepas keluar dari rumah di Pendang, Kedah pada Isnin lalu.

Menerusi hantaran muat naik di Facebook Siti Mariam baru-baru ini, mangsa bernama Norqalesya Husna Kurdi Jinal tidak pulang ke rumah selama lima hari.

"Assalamualaikum, tolong sekejap siapa yang ternampak bagitahu mungkin tak bertudung, rambut ikal mayang paras dada, badan besar. Berharap tolong carikan," tulisnya.

BACA LAGI: Ubun-ubun Akhyar Rashid koyak 4 sentimeter, rugi RM5,000 disamun dua lelaki misteri pakai hoodie — Polis Terengganu

BACA LAGI: Bapa tak jadi makan bersama 2 anak, pelanggan meja sebelah selamba merokok di restoran

Menurut bapa mangsa yang tidak mahu didedahkan identitinya, Norqalesya keluar dari rumah kira-kira pukul 1.40 pagi Isnin lalu.

Katanya, tindakan anaknya itu langsung tidak disedarinya kerana keluar ketika dia sedang tidur.

"Saya ni dah tak larat nak cari, klu-klu pun tiada.

"Nak hubungi pun tak dapat, rasa macam dia tukar kad sim telefon," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, menurutnya, beberapa penduduk yang ternampak kelibat anaknya memberitahu bahawa Norqalesya dibawa tiga lelaki dengan menaiki motosikal.

"Dia keluar tak bawa apa-apa, sehelai sepinggang dan orang kampung ada cakap ternampak tiga lelaki naik motosikal ambik dia di rumah.

"Tiada apa-apa yang pelik juga sebelum dia keluar, jadi saya pun tak tahu dia pergi mana," katanya.

Tambahnya lagi, kejadian itu sudah dilaporkan ke pihak polis dan sedang menunggu keputusan berhubung penjejakan anaknya itu.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan polis Kedah berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram