Lengan kiri Zaki Yamani pernah berparut gara-gara terbakar main bunga api


  • Hiburan
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Zaki Yamani semakin mencipta nama sebagai pelapis industri muzik.

SETIAP perayaan pasti memiliki momen terindah yang mampu terpahat di dalam ingatan seseorang.

Tidak kira samada pengalaman manis atau pahit, kisah yang dilalui pastinya mulai terasa mencuit hati apabila kita memasuki alam dewasa.

Penyanyi meningkat naik, Zaki Yamani juga antara individu yang memiliki pengalaman yang segar di ingatannya menjelang hari raya Aidilfitri.

Pastinya malam perayaan tidak lengkap tanpa permainan seperti bunga api, meriam dan mercun yang sering dimainkan masyarakat.

Seronok menyambut malam raya, Zaki Amani pernah mengalami kecederaan apabila lengan kirinya terbakar ketika asyik bermain bunga api.

"Waktu itu saya tengah duduk, jiran rumah datuk saya di Shah Alam pun ikut main sekali. Saya tak sedar pun lengan baju dah terbakar, tiba-tiba rasa panas je lengan belah kiri.

"Tengok-tengok berapi dah lengan saya, terus saya marah budak itu dan masuk ke dalam rumah," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam

DSC09958

Zaki Yamani merupakan anak kepada penyanyi legenda, Jamal Abdillah.

BACA LAGI: Lantik imam solat sunat atau jamak? Hukumnya masih sah menurut mufti tapi ada caranya

Malah, parut yang diterima berpunca daripada kejadian itu mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

"Situasi itu berlaku waktu saya berusia 12 tahun, waktu saya usia 14 tahun baru parut itu mulai hilang sikit-sikit.

"Tetapi, Alhamdulillah sekarang parut itu sudah hilang sepenuhnya," katanya.

Pemilik lagu Mati Rasa itu turut terkenang momen indah mengikuti ayahnya, Jamal Abdillah untuk beraya di perkampungan ayahnya yang terletak di Perak.

"Ayah saya memang seorang yang sibuk, bila hari raya pertama orang lain sibuk beraya, dia sudah mula bekerja.

"Waktu raya lepas sahaja menunaikan solat hari raya sangat susah untuk bertemu dengan dia," katanya.

Walaubagaimanapun, Zaki seronok dapat pulang beraya di kampung halaman ayahnya kerana dapat memungut duit raya dalam jumlah yang baik.

"Yang seronoknya bila ayah saya kerja raya pertama, ayah saya dapat duit saya pun dapat juga duit raya," katanya.

Lebih menguntungkan, duit rayanya pernah mencecah sebanyak RM3,000 semasa darjah tiga.

"Sekarang, saya dah tak dapat duit raya, tetapi waktu kecil dulu memang best pergi sana sini pun dapat duit raya.

"Dapat sahaja duit raya saya akan beli mainan," katanya.

Bertuah dalam bidang muzik, penyanyi Zaki Yamani kini menempah nama dalam industri seni selepas memiliki kecenderungan dalam bidang berkenaan persis bapanya, Jamal Abdillah.

Meskipun baru berusia 18 tahun, Zaki sudah mendapat banyak permintaan untuk menggegarkan pentas bagi mendendangkan lagunya seperti Gadis Melayu, Percayaku, Slow Mo dan Tangan Yang Melambai.

Malah, Yaki mengakui dia pernah terpilih untuk membuat persembahan di dalam dan luar negara seperti Singapura untuk sambutan hari raya tahun lepas.

"Waktu raya saya selalu dijemput untuk menyanyi di rumah terbuka, tahun lepas lagilah saya dijemput untuk menyanyi di Singapura selain bernyanyi untuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika berada di Terengganu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram