[VIDEO] Bapa tak jadi makan bersama 2 anak, pelanggan meja sebelah selamba merokok di restoran


  • Tular
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Tangkap layar video tular sejak Khamis memaparkan tindakan seorang bapa yang membawa dua anaknya keluar dari restoran selepas melihat pelanggan sebelahnya merokok.

MESKIPUN larangan merokok di tempat awam sudah berkali-kali diingatkan oleh pihak berkuasa namun, masih ada segelintir masyarakat yang bersikap tidak peka dengan perkara tersebut.

Larangan merokok di lokasi itu termasuk restoran juga sudah dilaksanakan sejak lebih empat tahun lalu bermula pada Januari 2019.

Tindakan tidak mematuhi undang-undang tersebut kembali membangkitkan kebimbangan ramai apabila tularnya sebuah video memaparkan aksi dua lelaki dengan bersahaja merokok di sebuah restoran yang tular di Twitter (X) sejak Khamis.

BACA LAGI: 'Kesimpulannya, perokok menang', cadangan KKM sedia tempat merokok khas tak 'direstui'

BACA LAGI: Remaja ketagih rokok sejak berusia 10 tahun, amalkan 9 langkah untuk berhenti

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @Cool_Wannabe82 itu, dua lelaki yang duduk di meja bersebelahan dengan kanak-kanak terbabit dilihat selamba menghisap rokok.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 10 Februari.

"Dah tua pun b*d*h, macam tak ada akal. Tak nampak ada budak kat meja sebelah, selamba merokok," tulisnya.

Dalam video sama, kelihatan seorang lelaki dipercayai bapa kepada dua kanak-kanak bertindak segera keluar dari restoran terbabit selepas melihat tindakan pelanggan berkenaan.

Bapa itu yang awalnya baru menyuapkan makanan pada seorang daripada anaknya tanpa berfikir panjang terus menarik anak-anaknya dan melangkah keluar dari premis.

Sementera itu, rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap tindakan dua lelaki yang tidak bertanggungjawab merokok berhampiran dengan kanak-kanak.

"Rasanya kalau bukan sebab anak-anak dia ada, dah lama dia terbalikkan meja tu," komen @HarisAdams23.

"Common sense sekarang... penguatkuasaan lemah. Nak tegur pulak takut jadi gaduh, orang-orang kita tak takut undang-undang," luah @AleesyaRianni.

Tambahan lagi, ada juga yang memohon agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan semula penguatkuasaan merokok di tempat awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram