[VIDEO] Nahas helikopter TLDM: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL


  • Massa
  • Selasa, 23 Apr 2024

Nahas helikopter TLDM membabitkan satu helikopter yang dikenal pasti terhempas di dalam kolam renang berhampiran manakala satu unit lagi di padang stadium pangkalan TLDM Lumut.

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi penyelarasan operasi menyelamat dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, KLARCC diaktifkan pada pukul 10.20 pagi Selasa bagi penyelarasan operasi menyelamat nahas helikopter itu.

"Siasatan lanjut kemalangan akan dijalankan oleh pihak TLDM," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut

BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sabah antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut

Terdahulu, Majoriti melaporkan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas.

Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Angkatan Tentera Diraja Malaysia memaklumkan pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec (M502-6) membawa tiga kru.

Helikopter HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut," kata kenyataan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram