Ciapan berbaur hasutan terhadap Agong, Papagomo mengaku tidak bersalah


Mengikut kertas pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa menyiarkan tulisan berbaur hasutan pada X di menggunakan akaun "sir_azri".

BLOGGER, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo didakwa atas hantaran berunsur hasutan di laman X berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Siti Aminah Ghazali di Kuala Lumpur pada Khamis.

BACA LAGI: Che'gu Bard mengaku tidak bersalah, 2 pertuduhan fitnah dan hasut

Mengikut kertas pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa menyiarkan tulisan berbaur hasutan pada X di menggunakan akaun "sir_azri".

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari pada 29 April lalu.

BACA LAGI: Chegu Bard dipanggil polis isu lombong di Mersing

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat tidak menawarkan jaminan.

Wan Muhammad Azri diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram