Selepas Chegu Bard, Papagomo pula kena tahan kerana hina Agong


  • 112
  • Selasa, 30 Apr 2024

Selepas Chegu Bard, Papagomo pula ditahan polis kerana menghina Agong. — CHAN TAK KONG/The Star

AKTIVIS politik, Papagomo ditahan oleh pihak polis di atas tuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong berkenaan isu KK Mart.

Papagomo atau nama sebenarnya Muhammad Azri Wan Deris ditahan oleh pihak polis pada 30 April di kediamannya dekat Setapak.

Dia ditahan selepas videonya berdurasi 2 minit 46 saat tersebar di media sosial dan seorang peniaga melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, laporan tersebut dibuat pada 29 April dan Papagomo ditahan sehari kemudian.

BACA LAGI: Che'gu Bard mengaku tidak bersalah, 2 pertuduhan fitnah dan hasut

2669522

Papagomo dibawa ke IPD Dang Wangi. — Agensi

BACA LAGI: Chegu Bard dipanggil polis isu lombong di Mersing

"Dia ditahan selepas laporan dibuat oleh peniaga berusia 41 tahun yang melihat videonya pada hari Isnin (29 April).

"Papagomo kemudiannya ditahan di rumahnya dekat Setapak pada 30 April," kata Razarudin.

Aktivis politik itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan direman serta disiasat menggunakan akta Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini, seorang lagi aktivis iaitu Che'gu Bard ditahan serta didakwa di mahkamah atas perbuatan serupa dilakukan oleh Papagomo.

Namun begitu, Che'gu Bard mengaku tidak bersalah atau pertuduhan yang dikenakan kepadanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram