Kenaikan 35 peratus pada 2007 hanya libatkan kumpulan penjawat awam gred rendah — Fahmi


  • Primer
  • Khamis, 02 Mei 2024

Fahmi berkata, kumpulan penjawat awam dalam kumpulan tertinggi ketika 2007 hanya menerima kenaikan gaji sekitar 7.5 peratus.

KENAIKAN gaji penjawat awam sehingga 35 peratus yang berlaku pada 2007 adalah melibatkan kumpulan pelaksana bagi gred rendah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, pada waktu itu, tangga gaji bagi kumpulan pelaksana dua yang berada di gred satu hanya sekitar RM800 sahaja.

"Bagi yang menyebarkan (kenaikan) 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting. Mereka hanya baca tajuk sahaja, 35 peratus pada waktu itu merujuk penjawat awam dalam kumpulan pelaksana dua gred satu.

"Waktu itu, gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza. Kalau nak diungkit, kena berlaku adil, konteksnya berbeza," katanya seperti yang dilapor media pada Selasa.

BACA LAGI: Anjing liar punya pasal, budak nyaris terperosok bawah kereta Wira

438162111_1013600353454865_8954359973371512177_n

Anwar ketika ucapannya semasa sambutan Hari Pekerja mengumumkan penjawat awal akan merasai kenaikan gaji lebih 13 peratus menjelang Disember tahun ini. — Facebook/AnwarIbrahim

BACA LAGI: [VIDEO] Pejalan kaki buat bodoh biarkan budak kena serang sekawan anjing liar sampai parah

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kenaikan gaji lebih 13 peratus penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja.

Langkah tersebut disifatkan sebagai antara kenaikan tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam di Malaysia.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kumpulan penjawat awam dalam kumpulan tertinggi ketika 2007 hanya menerima kenaikan gaji sekitar 7.5 peratus.

"Kalau nak dibandingkan itulah konteksnya, kenaikan 35 peratus (waktu itu) hanya 1/4 daripada cerita penuh, angka disebut perdana menteri hari ini lebih tinggi daripada kali terakhir Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikaji semula. Apa pun bermula 1 Disember, penjawat awam dapat gaji lebih," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram